Bab 2 - Crush
C-R-U-S-H Perkataan budak zaman millenia. Paham makna perkataan tu? Bagi aku lah maksud crush tu kita minat akan seseorang. Dia macam secret admire la. Aku rasa semua orang pun penah alami perasaan tu. Termasuk aku! Sebenarnya boleh je crush sesama jantina atau lain jantina. Tapi selalunya berlainan jantina. Tapi mana yang ada crush sesama jantina tu jangan anggap dia orang lesbian/gay. Pendapat aku lah crush ni tak ada lah kita in love or ada perasaan hati dekat seseorang tu. Mungkin kita crush sebab personaliti dia, kepandaian dia and etc. Aku kerja di satu building yang dikongsi oleh pelbagai jenis syarikat. Hanya 1 atau 2 office akan jadi milik sesebuah syarikat. Paham kan? Jadi pelbagai jenis manusia aku jumpa. Dan aku tercrush dekat seorang lelaki yang aku tak tahu status nya. Pengenalan kami? Kami tak pernah kenal. Kami selalu terserempak di lobby office atau di lif atau di parking lot. Aku tahu kewujudan dia ketika sama-sama menunggu lif. Hmmm. Dia tak a...